“ Ape? Khalwat?” serentak aku dan Zek bersuara.
“ Wait..wait.. Encik-encik nie salah orang kot. Kami nie tak berdua tapi bertiga. Betul tak Kak Yana?” Tanya Zek padaku.
“ Ye lah Encik. Kawan saya ada kat atas” aku menjawab.
“ Tak perlulah kamu berdua nak tegakkan benang yang basah. Kami dah biase dengar alasan-alasan macam nie. Kamu berdua duduk sini. Kamu bertiga tolong check rumah nie.” Arah pegawai tersebut.
“ Tak de sape-sape tuan. Kami dah check semua”, salah seorang pegawai tersebut memberitahu.
“ Kamu berdua ikut kami ke balai”
“Tapi encik,” aku bersuara sambil memandang kea rah Zek. Zek kelihtan bingung..
Ish pening kepala otak aku. Tadi Ain ade kat rumah. Aku dengar suara dia..tup tup.. hilang . Biar betul. Si Zek nie pulak. Yang sibuk-sibuk masuk rumah anak dara kenapa? Adoi.....macam mana nak bagi tau abang aku nie...matilah aku.
“ Zek? Ko wat ape tadi? Kan Ain ade masa ko tunggu dia kat luar. Yang ko tibe-tibe masuk rumah akak kenapa?”
“ betul lah kak, saya cakap dengan dia tadi. Dia yang suruh tunggu kat luar. Lama sangat saya kat luar saya jenguklah kat dalam . Saya masuk sekejap coz pintu tak tutup. Tu yang saya panggil nama dia. Tup..tup ...akak yang keluar.” Zek membalas.
“ So macammane nie. Akak tak tau nak wat ape. Matilah akak kalau abang akak tau. Yang kamu tu kenapalah masuk rumah akak. Ain nie..kenapa dia wat macam nie?” aku bertanya.
“ Entahlah kak. Saya pun tak tau. Nie kalau mama n papa saya tau...tapi saya kene bagi tau jugak. Kalau tak tido kat lokaplah malam nie.”
“ Abang nak kamu kawin dengan budak tu. Nanti abang bincang dengan keluaraga dia.” Abangku memberitahuku.
“ Ape nie bang. Saya tak salah lah. Lagipun dia tu dah macam adik Yana tau. Giler ke ape.” Aku membantah.
“ Tak. Nie muktamad. Mana abang nak letak muka abang nie. Semua orang dok mengata je. Titik!”
Matilah aku. Giler ke pe. Dah lah aku tua 3 tahun dari si Zek tu. Nie Zek puye pasal. Ain...mane budak nie. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia. Handphone pun dia tutup. Bengang betul.
“ Aku terima nikahnya Ariana binti Malik dengan mas kawin 80 ringgit tunai” Zek melafazkan.
“ Adus..Aku dah jadi isteri Zek. Ish macammane nie.” Kataku dalam hati.
Sekarang tinggal aku dan Zek dalam bilikku.
“Zek, I nak bincang dengan U.” Bahasa yang terpaksa aku gunakan. Sebelum nie aku membiasakan diriku sebagai Kak Yana. Jadi malam nie terpaksalah tukar..Aku menghampirinya lalu ku duduk disebelah.
“ Yes nak cakap ape? Tapi sebelum tu rasanya Zek kekoklah. Nak panggil ape ye ?” Zek melihatku.
“ Panggillah ape-ape. Tapi yang penting jangan panggil sayang.” Aku membalas.
“ Okey kalau macam tu kita gune bahas macam U tadi. I dengan U. Jadi tak kekok sangat. So ape yang nak U bagitau tadi.”
“ Macam nie. Since semua dah jadi macamnie,kita pun dah janji sebelum nie, after this I nak U yang pindah rumah I. I tak nak duk ngan family U. Keluarga U tu bukan suka dengan I. Lagi-lagilah I nie lebih berusia dari U. U pulak please okey terangkan yang sebenarnya dengan family U. I tak nak mereka ingat I yang tergedik-gedik kat U. Boleh tak?”
“ Ops!...tu tak boleh. U yang kene pindah masuk rumah I. Jangan risau I dah ada rumah sendiri. Tak duduk dengan parents I pun. U jangan ingat I nie anak mak. Keluarga I memang kaya tapi I tak kan duduk rumah diorang. And U tak payah risaulah, I akan terangkan nanti. Dah jom tido”, Zek membalas.
“ Tido?” aku sedikit menjerit.
“ Yelah. Tido nak wat ape lagi. Dah malam nie,”
Ku lihat zek sudah membaringkan diri. Giler ke ape budak nie.Mana aku nak tido nie. Dengan budak nie ke? Ish tak nak aku.
“ U?”, Zek memanggilku.
“ HaH!” aku menjawab
“ Jomlah tido.” Seraya aku melihat dia sudah menghampiriku.
“Tapi.......” belum sempat aku menghabiskan kata-kata aku sudah dicempung olehnya. Aku hanya mematungkan diri.Zek merebahkan aku di katil dan kulihat dia semakin menghampiriku. Aku memejamkan mata.
“ Okey U tidolah sini. I tido kat bawah je” aku membuka mata. Ku lihat Zek mengambil bantal dan terus baring di bawahku.
“ U jangan takutlah. I pegang janji. Dah jom tido” Zek mengeyit ke arahku.
“ Ui...selamat aku. Aku tersenyum sendiri. Apelah aku nie. Pikir lain pulak. Ish macamne lah aku nak idup dengan dia nie. Dah lah kene kawin pakse. Nasib baiklah mamat nie setuju gak. Kalau tak mengamuk abang aku. Ape aku nak wat nie. Dah jadi bini orang. Bini terpaksa. Bini terpaksa pun bini gak. Suami? Ish meremang aku.ah...lantaklah. Tido lagi bagus.” Bisik hatiku.
“Nie bilik U. I dah suruh bibik kemaskan. Bilik I kat depan je. Anything you ketuk je bilik I” Zek meletakkan beg aku.
“Okey. Dah lah U pergi masuk bilik U. I nak kemaskan baju-baju I” aku mengarah.
Mana hanger nie.. “ Zek... Zek...” aku memanggilnya. Aku menerjah ke dalam biliknya. Alamak! Filem blue pulak. “ Sorry. I tak sengaja.” Malunya aku.
“ Tak pe. Alah kita suami isteri. Tak salah pun. Zek dengan selamba menanggalkan bajunya. Yang tinggal hanya tuala di pingganganya.
“ Nie I Cuma nak Tanya. Ada hanger tak?” aku bersuara dengan mataku ku hadapkan ke arah lain.
“ Ambil sendirinya ade kat almari I tu.” Aku melangkah pantas menuju ke almarinya. Mana nie tak de pun. Penat aku geledah.
“ Ade tak?” tiba-tiba aku terasa seperti ada seseorang betul-betul kat belakang aku.
“ Hei ape U buat nie?” aku menggelabah. Mana taknye dia ada betul-betul kat belakang aku. Dah lah separuh bogel. Maunya aku tak gelabah.
“ Wat ape. Cari hanger tuk U lah.tepi sikit” aku beralih ke tepi sikit. Tapi tiba-tiba,
“parp”...aku terlanggar meja dan ape lagi nak terjatuhlah aku. Tapi,,,
He he he aku dah berada dalam dakapan Zek. Bila masa pulak dia selamatkan aku nie. Lama...aku sendiri macam tak nak lepaskan pulak.
“ Sorry... I tak perasan tadi ada meja kat belakang nie. Mana hanger tu”merah padam muka aku dibuatnya.
“ Nah. Lain kali hati-hati. Nak bunuh diri pun jangan kat sini. Sakit tak?” Zek bertanya padaku sambil mengelus pinggangku.
“ Bunuh diri? Tak kuasa I. Dah lah tak sakit pun. Ehm..boleh tak U lepaskan I. I dah nak lemas nie.”
“ Oh ye ke? Kalau I tak nak U nak wat pe?” Zek mengemaskan pelukannya.
“ Zek please okey. Kita dah bincang pasal nie. Jangan nak goda I okey. I nie lagi tua dari U,” aku cuba melepaskan diri.
“ Alah umur tak de nilai. Kita dah kawin kan. Kalau I tak nak U nak wat pe” Zek merenungku dengan senyuman. Dah lah tak pakai baju.
“ Kalau U tak lepaskan I ,I” .“ Cup” aku tak terkata. Sepantas kilat Zek menyium bibirku. Lama kami begitu. Aku pun macam dah ternoda.
“Buk” aku tumbuk dadanya. “ Adoi.sakitlah. Nak bunuh suami ke?”
Aku Berjaya melarikan diri bersama hanger-hanger tadi. Cepat-cepat aku mengunci pintu bilikku. Kureng betul Zek nie. Ambik kesempatan kat aku. Nasib baik aku sedar. Ish kalau tak...aku senyum sumbing.
Dah hamper 3 bulan aku dan Zek jadi suami isteri. Setakat nie hubungan kami macam biase je. Buat hal ,masing-masing. Kadang-kadang tu ade gak kami pergi dating kat luar. Tapi macam tu jelah. Aku masih belum terima dia seadanya. Perbezaan umur dan cara perkahwinan kami yang buatkan aku susah nak terimanya. Mertuaku pulak, Alhamdulillah sudah boleh terima aku. Tu pun si Zek nie yang jenuh memujuk. Terangkan apa yang patut. Budak-budak office aku lak dah berhenti mengata. Tu pun sebab diorang dah tau citer sebenar kalau tak ,ehm....tak taula aku.
Zek. Sejak aku kawin dengan dia rasanya dia tak macam yang aku kenal sebelum nie. Dulu dia berkawan dengan Ain,budak serumah dengan aku. Aku kenal Zek pun macam tu jelah. Lagipun dia dah biasekan diri aku dengan kak Yana. Mamat nie tak lah handsome mane. Tapi bolehlah. Cair gak aku tengok. Anak orang kaya. Kerja aku pun tak pasti. Tapi yang aku tau dia nie kerja ngan bapak mertua aku. Ngok ngek jugak aku nie. Nama je isteri, suami kerja ape pun tak tau.
Alah biarlah. Janji aku bahgia. Bagusnya Zek nie, dia tak pernah halang aku wat ape pun. Nafkah pun dia still bagi walaupun aku ade kerja sendiri. Nafkah zahir tau.nafkah batin ehm......belum lagi. Aku belum ready. Dia pun open. Kami tak terlalu serius fikirkan hal nie. Kadang-kadang aku tengok Zek nie romantic jugak. Kalau ada kesempatan duk berdua-duan dengan aku, tangan dia cukup gatal. Kalau boleh tangan aku nie tak nak dilepaskan. Rimas jugak aku. Pergi kerja dia hantar aku. Aku akan menyalam tangannya dulu. Yelah walaupun bini terpaksa, kena wat jugak. Zek pulak selamba je cium dahi ku. Kadang-kadang ambil kesempatan bibir aku diciumnya. Normal kan. Lelaki ...tapi kenapa dia tak kisah perbezaan umur kami. Aku sendiri tak pasti. Aku memang pasti sebab masa dia berkawan dengan Ain, Ain ade bagi tau yang umur dia 3 tahun muda dari aku.perasaan? aku macam dah jatuh sayang kat Zek Cuma aku tak pasti perasaan zek.
Pernah sekali mertuaku datang ke rumah. Menggelabah aku jadinya. Zek pulak selamba je. Ehm... apalagi. Akulah yang berpindah bilik. Mak mertuaku pulak sibuk tanya bila nak menimang cucu. Zek hanya senyum padaku. Aku pulak terpaksalah cover “ belum ada rezeki ma”. Jawapan standard. Bila mereka kata nak bermalam aku jadi lagi gelabah.
“ Zek. Camman nie? Tak kan I nak tidur kat bilik U” aku bersuara.
“ alah satu hari je. U tidur katil I ye. Tak pe I tidur kat sofa.” Zek memujukku.
Malam tu terpaksalah aku dan Zek sebilik. Rimas jadinya. Si Zek pulak suka hati dia je bila nak tukar baju. Ish boleh luruh jantung aku nie.
“ tak pe ke U tidur sofa. Tak pun U tidur jelah sini. Tapi tengah-tengah nie I letak bantal” aku mempelawa Zek.
“ betul nie. I tak minta. U yang suruh. Jangan kata I ambil kesempatan pulak” Zek memandangku.
“ Tak pelah. Kesian U pulak. Tapi janji jangan buat tak senonoh kat I” aku member peringatan.
“ okey my dear. Dah tido” Zek baring disebelahku.
Pukul 2 pagi aku tak tidur lagi. Zek pulak dah selamat. “maaf Zek. I tak mampu jadi isteri yang sempurna untuk U. Aku mendekatkan diriku kea rah Zek. Ku belai pipinya,hidungnya dan akhir sekali bibirnya. Ingin dikucup tapi....aku teringatkan perbezaan umurku.aku menjarakkan kembali kedudukan ku.setitis airmata keluar lalu ku sapu perlahan dan akhirnya aku tertidur.
Zek cuba mengalihkan bantal ditengahnya. Sedar isterinya sudah lena. “ Yana , I love U” Zek berbisik lembut. Cuba membelai muka isterinya . perlahan-lahan,bimbang tersedar. Satu kucupan singgah di bibirnya. Biarlah dia tak akan sedar. Bisik Zek.
Perlahan-lahan tangannya memegang pinggang isterinya. Ehm pertama kali dapat merasai kehangatan tubuh isteri sendiri. Erat hingga aku tertidur.
Yana tersedar. Kenapa sedap je aku baring nie. Alamak ! macam mana aku boleh ada dalam pelukan dia nie. Adoi... malunya.Zek nie pulak tak bangun lagi. Terpaksalah aku meloloskan diri.ehm..berjaya juga. Padan muka! Ambil kesempatan .
Suatu petang ketika aku sedang menonton tv Zek memberitahuku.
“ Jom pergi bercuti.” Zek duduk disebelahku . Aku memandang wajahnya.
“ Cuti?”
“ Yup. Alah dah nak setahun kita kawin kan. I penatlah. Rasanya I belum pernah bawa U pergi mana-mana kan?”
“ Alah I tak kisah lah. Lagipun kalau nak bercuti hari nie pun cuti juga kan”, aku cuba mengelak.
“ U nie. I seriuslah. Jomlah. Kita pergi Cameroon Highland. Kenapa? U takut I culik U ke?” Zek senyum ke arahku
“ Ehm tak da maknanya. Okeylah suamiku”, aku membalas manja. Ish gatal pulak aku nie.
“ Yana please ambilkan wallet I. Dalam kereta. I terlupa bawaklah” Zek mengarahkanku.
“Yana”, bisikku. Tak pernah dia panggil aku macamtu. Pelik pulak aku. Mamat nie wallet pun lupa. Nasib baik bukan aku yang kene bayar. Dahlah nak check-in nie. Mane wallet dia nie. Hah ade pun. Ehm wat jahatlah.. aku buka walletnya. Oops!terkejut beruk aku. Gambar aku? Bila dia amik? Ic 801027.......80? aku melopong....sebaya dengan aku....27 oktober. Macam hari nie. Birthday dia..Kenapa aku tak tau. Kenapa dia tak pernah bagi tau. Dia sebaya dengan aku. Patutlah tak kisah langsung bile aku cakap pasal perbezaan umur. Bodohnya aku......
“ Ada tak?” tiba-tiba ada suara.
“ Ada-ada. Aku cuba menutup walletnya . Sorry lambat.” Aku menjawab.
“ Tak pe. Jom sejuk kat sini” Zek menghulurkan tangannya kea rahku. Aku ragu-ragu untuk membalas.
Zek menggenggam tanganku erat. Aku hanya memerhatikannya. Selesai urusan kami di bawa ke bilik yang di tempah.
“ Terima kasih” Zek memberi sedikit tips kepada pekerja hotel .
Aku meletakkan beg pakaianku. Ku lihat Zek berbaring lesu. Penat kot. Biarlah... aku masih ada persoalan yang perlu aku tanya padanya. Rehatlah puas-puas.. Aku melihat setiap sudut bilik. Ehm agak mahal bilik nie. Alah nak hairan kenapa aku nie. Suami aku kan kaya. Ehm best jugak dapat duk bilik macam nie.ape aku nak buat nie. Zek, dia dah terlena rupanya. Kesian pulak aku tengok.
Aku hampirinya. Lena...aku mengambil comforter lalu ku selimutkannya. Ku perhatikan wajahnya. Aku sentuh mukanya. Zek, sape kau sebenarnya. Macam mane perkahwinan kita selepas nie. Kenapa perkahwinan kita tak macam orang lain.Setitis airmataku keluar. Tak tertahan rasanya. Zek, aku dah semakin sayang pada kau. Tapi.....
“Yana”,Aku tersedar. Cepat-cepat aku menyeka airmataku.
“ I tolong selimutkan U tadi. U Nampak so tired. I tak sampai hati pulak.” Aku mencari alasan..ish malunya aku. Nasib baik dia tak Nampak.
“ Oh....sorrylah. I tertidur. U bersiap ye. Kita pergi makan. I laparlah” Zek membalas.
Kami menikmati makanan. Ehm lapar pulak. Aku makan sekenyangnya. Kulihat Zek pun begitu. Mungkin perjalanan kami yang agak jauh buat kami lapar. Selesai makan Zek mengajak ku berjalan-jalan disekitar hotel. Aku hanya mengikut sahaja.pertanyaan yang masih belum aku tanyakan. Biarlah dulu.aku nak menikmati keindahan. Sesekali aku mengelus lenganku. Sejuk rasanya. Zek seakan perasan dengan tindakanku.
“ Kenapa? Sejuk ke?”
“ Tak lah”
“ Jangan nak bohong. Tangan U nie dah macam air batu.” Ei sempat lagi dia pegang tanganku.
“ Boleh tak untuk kali nie U jangan nak tipu perasaan U. Come”. Zek menarikku . Aku masih ragu-ragu.
“ Jom. Nanti U mati kesejukkan kat sini. I tak wat ape-ape. I promise!” Zek mengangkat sebelah tanggannya.
Aku tersenyum sumbing lalu ku hampirinya. Zek mengambil kesempatan memeluk erat bahuku. Tangan kirinya pulak memegang erat kedua belah tanganku. Aku tidak dapat menggambarkan perasaan aku ketika ini. Ehm...biarlah aku rela.
“ Jom kita balik. Dah nak senja. Esok kita jalan-jalan lagi” Zek bersuara.
“Okey” aku membalas.
Sampai di bilikku aku duk di sofa. Zek ke bilik air membersihkan diri. Kulihat jam ditanganku. Dah nak maghrib rupanya. Zek keluar hanya bertuala. Aku jadi malu. Ish mamat nie..aku cepat-cepat menyapai tuala dan pakaianku lalu masuk kedalam bilik air.
“Yana-Yana. Sampai bila agaknya kau nak terima aku.” Zek berbisik.Ehm aku dah jatuh sayang sebenarnya kat isteri aku nie cume aku tak berpeluang nak luahkan.Maybe kejap lagi...Zek tersenyum.
Aku keluar dari bilik air. Siap berpakaian. He he he. Duk berdua-duan macam nie tak berani aku wat filem blue. Bahaya.
“ U dah ambil wuduk? Boleh kita solat sekali” Zek memandangku. Ku lihat sejadah sudah terbentang.
“ Dah. Dah masuk waktu ke?”
“ Baru je. I tunggu U. Lama betul mandi. Kenapa takut nak keluar ke?” Zek menyengih.
“ Tak lah. Saje je. I memang macam nie.”
“ Oh ye ke? Ehm...baru tau. Jomlah. Kita jemaah ya. U pandai solat jama’ kan?”
“ Pandai ”, aku menjawab ringkas. Ku ambil tempatku. Buat pertama kali aku bersembahyang bersamanya. Tenang .
Selesai solat ku cium tangannya. Tak tergambar perasaan ku waktu ini. Agak lama. Dapat kurasakan airmataku menitis.
“ Yana” namaku disebut
Aku mendongak. “ kenapa U menangis. Please sayang look at me”, Zek memandangku. Zek mencium dahiku. “ I love U” seperti kudengar satu bisikan.
“ U cakap ape?” Aku menyeka airmataku.
“ Tak de. I tak cakap apa-apapun.” Zek berpura-pura. “ Dah menangis macam budak-budak. Tak ade apa-apa pun nangis.” Zek mengejek ku.
Aku bangun melipat sejadah ku. Apelah aku nie. Tak cover langsung. Ish..ish jatuh saham aku.
Zek sedang duduk di kerusi di balkoni bilik kami. Cantikpemandangan waktu malam. Agak sejuk. Kulihat Zek memakai baju agak tebal. Handsome jugak laki aku nie. Aku gelak dalam hati.
“ Zek”, aku menyapanya.
“ Hai, come sit with me”, zek mengalihkan sedikit kedudukannya. Dia mengarahkan aku duduk disebelahnya. Aku serba salah.
“ Come on. I tak buat ape-ape pun”, tu saje ayat yang sentiasa keluar dari mulutnya. Tak buat ape konon tapi tangan berjalan jugak. “ Jom”, Zek menarik tanganku. Aku terduduk disebelahnya. Malu rasannya.
“ Segan dengan I ke?” Zek bertanya lembut.
“ Ehm...” aku membalas malu.aku jarakkan sedikit kedudukanku. Terasa sedikit bahang.
“ Zek happy birthday” aku bersuara.
Zek sedikit terkejut. Dia memandangku. Aku jadi gabrah. Ish kenapa tengok aku macam nie.
“ Mana U tau?” Zek bertanya padaku.
“ Tak penting kan. Sorrylah I tak de hadiah untuk U.” Aku menundukkan mukaku.
“ Thank’s. Tak pe. U ada kat sini pun dah cukup baik untuk I” Zek mengalihkan pandangannya.
Aku merasa sedikit terganggu. “Kenapa dia tak tanya lagi macammane aku tau. Biarlah aku bukan penting pun”. Aku bangun dari tempat dudukku. Terasa seperti aku tidak diperlukan. Aku menuju ke katil. Baik aku tido je. “kenapa aku nie. Terasa hati pulak. Zek pulak langsung tak endahkan aku. Ah biarlah.. aku menyelimut tubuhku dengan comforter yang disediakan. Biarlah dia tido di sofa”. Setitis air mataku keluar. Aku mengiring menghadap keluar tingkap...Ish aku nie. Kenapa nangis pulak nie.
“ Yana”, suara yang aku rasa hampir denganku.
Aku membiarkan. “ Yana”, semakin dekat ku rasa. Terasa tangan kasar memegang mukaku. “shiiii,kenapa nie. Sorry okey kalau I sakitkan hati U” Zek memandangku. Membangunkan aku dari pembaringan. Menarikku ke dadanya. Entah kenapa aku hanya menurut. Tidak membantah.
“ Siape U sebenarnya?” aku bertanya.
“ I suami U lah. Tak kan hantu kot.” Zek cuba berjenaka.
“ Zek! I seriuslah.” Aku memukul dadanya.
“ Why U rahsiakan umur U. Kalau I tak buka wallet U tadi, sampai sekarang I tak tau U nie sebaya dengan I. Patutlah U tak kisah bila I ungkit pasal umur.” Aku memandangnya. “ Tepilah . Kenapa peluk I nie,” aku menolaknya.
“ Ish U nie. Tak baik tau tolak-tolak suami.” Zek senyum padaku. Aku menjarakkan diriku darinya. Malu menerjah ke mukaku.
“ Oh....U curi-curi tengok wallet I ye. Berdosa tau”
“ Kalau I tak buka agaknya bulat-bulat U tipu I” aku sedikit marah. Air mataku kembali reda.
“ U tak pernah tanya. Tak kan I terhegeh-hegeh nak bagitau.Lagipun penting sangat ke umur tu?” Zek menjelaskan.
“ Mestilah. U tau kan macam mana kita boleh kawin. Perkahwinan kita nie tak macam orang lain. U pun dah biasa panggil I kak before nie. Macam mana I nak terima.” Aku bersuara.
“ Sekarang U dah boleh terima lah. Umur dah tak jadi penghalang kan?” Zek senyum menggoda
ke arahku. “ U jangan nak mengada-ngada. Jawab dulu pertanyaan I”
Aku segera turun dari katil. Ish bahaya nie..... Aku segera keluar ke balkoni.
Aku berdiri menghadap permandangan malam. Tiba-tiba pinggangku dipegang dari belakang.
“ Yana, please jangan lari okey.” Zek mengemaskan pelukannya.
“ Okey. Masa kita kena tangkap dulu, I sendiri tak tau nak wat pe. U tau kan I berkawan dengan Ain. Dia kenalkan I pada U pun dengan bahasa kak Yana. Dia cakap I muda 3 tahun dari U. So I pun bahasakan diri U kak. Then lepas kita kene tangkap I try cal Ain. Dia tak angkat. I cari dia and finally I jumpa dia. “ Zek menerangkan.
“ U ada jumpa dia?” aku memalingkan badanku mengadapnya.
“ Yup. I tanya dia. Everthing. U tau ape dia jawab”. “Alah kawin jelah dengan yana tu. Dia tu baik tak macam I. I sajeje perangkap U. I rimas U asyik ajak I kawin je. Now U kawin jelah. Alah dia tu kan sebaya dengan U. I saje je tipu U”.
Aku ternganga mendengar penjelasan Zek. Sampai hati Ain buat aku macamnie. “ So sebab tu U nak kawin dengan I?” aku bertanya.
“ Yup. I perlu bertanggungjawab.lagipun I yang gatal-gatal masuk rumah tu. Sebab tu masa brother U tanya I, I setuju je.” Zek memandangku. Senyum padaku.
“ Tapi U tak cintakan I. Masa kita bincang dulu kenapa tak ceritakan semuanya pada I?”
“ Tak penting pun. Lagipun kalau time tu I cerita U mesti tak percayakan. I memang tak cintakan U pun.” Zek senyum ke arahku.
Aku menjadi sedikit marah. Ku lepaskan pelukan ku. Cuba beredar tapi,
“ Yana... ish U nie. Kenapa? U pun tak cintakan I kan?” Zek memegang tanganku.
“ Cinta boleh dipupuk Yana. Abang dah jatuh cinta pun. Tapi tak taulah orang tu ada perasaan tak. “
“ Abang?” aku berbisik. Kenapa dia bahasakn diri “abang”. Sape orang tu. Mesti bukan aku. Aku melepaskan tangannya. Tapi semkin kuat dipegang hingga aku tertarik di pelukannya.
“ lepaslah. I nak tidur.” Aku cuba meronta.
“ Sayang... abang tau sayang pun berperasaan sama macam abang. Jangan tipu perasaan lagi. Abang dah baca diari sayang. Ehm.....tak sangka ada orang tu curi-curi tengok abang,curi-curi masuk bilik abang and yang best tu curi-curi cium abang. Ehm .....sapelah orang tu” Zek bercerita.
Aku jadi malu. Tak berani rasanya memandang mukanya. Aku hanya menyembam mukaku didadanya. Kenapalah diari aku boleh terlepas nie.
“ Sayang. “ Zek mengalihkan mukaku menghadapnya. “ Abang minta maaf okey. Abang terjumpa diari sayang. Ehm terbaca.. abang memang dah lama jatuh cinta kat sayang. Masa kita nikah dulu abang dah janji akan jaga sayang. Abang akan tunggu sampai sayang terima abang. Abang tak nak perkahwinan kita atas dasar terpaksa. Sebab tu abang tak amik kisah bila sayang ungkit pasal umur. Walau umur kita berbeza pun, abang tetap akan teruskan perkahwinan kita. Abang tetap akan sayang sampai bila-bila.” Zek menerangkan.
“ Zek” aku kembali memeluknya. Seerat yang mungkin. Zek membalas pelukanku. Aku sudah tidak kisah lagi.
“ Yana, kalau Yana tak nak mengaku tak pe. Abang akan tunggu”, Zek seakan merajuk.
“ Tak Zek. Since kita bernikah I memang dah berjanji untuk belajar cintakan U. Untuk terima U. Tapi I need a time. I takut U tak boleh terima perempuan yang lebih tua dari U jadi Isteri U. I takut U tinggalkan I. I takut orang mengata. I takut U tak boleh accept I. Semua I takut Zek. I memang curi-curi masuk bilik U sebab I dah tak tahan rindukan U. I takut nak luahkan persaan I. Sekarang nie I memang dah jatuh cinta dengan U” aku menangis di dakapannya.
“ Ehm...akhirnya mengaku juga isteri abang nie.” Zek mengusikku. Mengelus lembut rambutku. Mengucup rambutku. Aku rasa tersangat bahagia sekarang.
“ Sayang, today is my birthday” Zek berbisik. Oh ye aku terlupa. Aku mengesat air mataku. Ish aku nie. menangis tak habis-habis. Aku memandang Zek.
“ Sorry I tak bawa hadiah tapi Zek..’
“ Abang tak nak dengar I U lagi. Boleh panggil abang tak?” Zek mengarahku. Aku serba salah.
“ Abang....” malu aku menyebutnya. “ Ish... malu-malu pulak” Zek menyuit hidungku.
“ Abang nie! Teruk tau.” Aku menyubit lengannya. “Adoi sakitlah” Zek menjerit. “ Sorry-sorry. Tulah main-main lagi.” Aku mengusap lengannya.
“ Okey abang nak hadiah. Hadiah istimewa dari sayang sempena birthday abang hari nie. Boleh?” Zek berbisik. Aku menjawab “ Ape dia sayang. Yana tak bawa hadiahlah. Tulah tak nak bagitau. Kalau tak boleh Yana beli apa-apa yang patut. Sekarang nie Yana Cuma boleh bagi nie” “ Cup” satu kucupan hangat di pipinya. Zek ketawa
“ ehm.....abang tak nak hadiah mahal-mahal tapi abang nak special dari Yana” Zek memandangku.
“ ape dia? Yana nie mana ada yang special. Okey abang nak apa? Yana promise akan bagi” aku memaut lehernya.
“ First night. Nafkah batin. Yana pun kene bagi tau” Zek bebisik ke telingaku.
“ Abang....! Teruknya. Mana boleh. Yana Uzur hari nie.” Merah padam mukaku.
“ Ye ke. Abis tu tadi yang solat dengan abang ape? Hantu?” Zek memelukku.
“Abang......tapi......”
“Cup” Zek memagut bibirku.Lame sekali. Aku merelakannya. Aku membalas.Terasa hangat walaupun diluar suasana sangat sejuk.Zek melepaskan bibirku. Senyum puas memandangku.
“Ehm...hadiah abang macam mane?” Zek bertanya padaku. Ish ingat dah lupa.
“ Ehm...tahun depanlah. Nie dah masuk 28hb” aku menjawab ringkas.
“ Oh mengelat ye..abang nak juga. Yana wajib bagi tau.” Zek mencempungku lalu ku pegang lehernya.
“ Abang. Tak baik tau buat isteri macamnie.” Aku meletakkan kepalaku di dadanya.
“ Ye ke? Tadi Yana juga dah janji nak bagi....he he he...Sebenarnya abang saje je bawa sayang pergi sini. Sejuk sikit . lagipun ada orang tu teringin sangat nak pergi sini. Mana tau boleh honeymoon sekali. Okey ,anggap nie honeymoon kita. Boleh?” Zek berjalan perlahan-lahan.
“ Ei... teruknya. Mane boleh macamnie. Tak acilah..” Aku merengek manja.
“ Eleh. Kalau abang tak bawa sayang pergi sini, agaknya sayang curi-curi masuk bilik abang. Curi-curi cium abang, curi-curi tengok gambar abang and banyak lagilah. Abang tak abis baca lagila.he hehe..” Zek mengejek ku. Aku diletakkan di pembaringan.
“ abang............” aku memukul dadanya. Zek berada disebelahku. Memegang tanganku yang memukulnya.
“ Dosa tau pukul suami. Nanti calar-calar badan abang nie. Sape yang rugi? Sayang jugak. Zek berbaring disisku sambil merenungku.
“ tak rugi pun” aku membalas.
“ Betul nie. Abang belum bagi nafkah batin kat sayang tau.” Zek merengek manja. Diciumnya pipiku.
“ Teruknya. Gatal lah abang nie” aku sedikir rimas dengan tindakannya. Ku baringkan kepalaku di dadanya. Lama ....biarlah aku selesa begini. Dadanya ku usap-usap perlahan. Zek hanya membiarkan. Pasti dia terasa kebahagiaan.
“Yana I love U” Zek berbisik padaku.
“ I love U more than U love me bang. Tak mampu Yana ucapkan. Thank you for being myhusband” aku membalas. “ sayang.... I nak U jadi wife I sampai bila-bila. Jadi ibu pada anak-anak I. Yana tak perlu ucapkan apa-apa. Abang dah cukup merasainya sekarang” Zek memelukku erat. Hangat walaupun udara di luar dingin.
“ ehm... boleh Abang tuntut hadiah?” Zek memusingkanku. Menghadapnya. Penuh menggoda. dan mematikan suis lampu disebelahku. “ yes. I’m your’s” , nie saje yang mampu ku ucapkan. Aku melihat senyuman menggoda dari Zek.. Aku merelakannya. Aku dan Zek hanyut dalam gelora yang tak mampu ku ucapkan. Terima kasih Zek kerana sanggup menyintaiku walaupun ku tau perkahwinan kita adalah kawin koboi.
okay......best..
ReplyDeleteusaha lagi salam perkenalan ....hahahaha
masyaallah...subhanallah...
ReplyDeleteI,u,I,u,I,u......hambar
ReplyDelete