Wednesday, July 14, 2010

CERPEN : PENANTIAN

"Bila ko nak kawin Min?Umur dah nak masuk 27 tahun. Tahun depan dah masuk 28. Kawan-kawan sebaya ko semuanya dah beranak pinak. Tinggal ko je. Ko ade tunggu sape-sape ke?” Tanya mak padaku. “Alah mak relaks la..muda lagi pe. Tengok artis-artis kat Malaysia nie,semuanya kawin umur 30 tahun..Yang ade tu umur 40 baru kawin,”jawabku.

“itu artis. Diorang tak kawin sebab takut peminat lari. Ko tu anak mak. Tak kan nak jadi anak dara sampai ke tua. Nanti sakit pening ko tak da yang jaga pulak.” Balas mak padaku.

“Okeylah,kalau susah-susah mak je lah carikan tuk Min. Ha !tapi dengan syarat,dia bukan saudara mara kita,saya tak nak kenal dia,ada kerja bagus,hormat orang tua,tak nak orang gemuk. Satu lagi mak cari yang ala-ala Hans Isaaac.Boleh?” aku membalas.

“ Wah-wah,banyak betul syarat ko ye! Okey,mak carikan. Tapi ko jangan tak setuju pulak.” Jawab mak padaku. “Okeylah mak,Min balik dulu. Esok kejelah. Nanti kirim salam kat abah.” Aku segera menyalam tangan makku lalu ku cium. “Muah”,ku cium pipinya pula.

“ Bawa kete elok-elok. Jangan nak cepat sampai je. Ko tu kalau dah pegang stereng kete dah tak ingat benda lain”,kata mak padaku.

“Yelah-yealah. Balik dulu mak”. Aku terus memecut keretaku ke jalanraya. Tersenyum aku bile teringat pertanyaan makku. “Mak mak....”,hatiku berkata. Sejak aku putus tunang 2 tahun lalu mak aku cukup risau dengan aku..Yelah aku pun sebenarnya dah elergik dengan kaum Adam nie. Takut pisang berbuah dua kali. Ehm kalau tak mesti sekarang nie aku dah ade anak...Nak wat camne.Jodoh tak de...

3 jam aku memandu.Nasib baik jalan tak jem.. kalau tak maunye aku sampai kul 10 malam. Sampai di rumah sewaku,Linda tercongok depan pintu. “Hoi mak nenek? Ko pegi mane? Malam baru balik. Aku ingat ko dah terlupa alamat rumah.” Tanye Linda padaku.

“ Banyaklah ko.Aku balik umah la. Jenguk mak aku bah aku tu. Dah sebulan aku tak balik. Sorryla aku lupe nak bagi tau ko. Yang ko tu ape hal tercongok depan pintu. Tunggu aku balik ke tunggu ci abang Ziad?” tanyaku. “ He he he.Tunggu mamat sorang nie lah. Kata nak datang antar makanan,tapi dari tadi tak sampai-sampai. Ntah – ntah dah ngup sorang. Ko pe cite?” Tanya Linda sambil beriringan masuk ke dalam rumah.

“ Nie, mak aku suruh aku kawin lah. Aku dah tak tau nak cakap ape. Ko tau je lah aku malas nak cakap banyak. Last-last aku suruh je mak aku carikan jodoh tuk aku.” Jawabku.

“ Apela ko nie. Ko tunggu ikhwan kan. Aku tau...he he he kalo betul-betul mak ko carikan padan muka si Ikhwan tu..tapi,,,,,ko memang tunggu dia kan?” Tanya linda.
“Entahla. Aku malas nak fikir Lin. Dah la... aku penatlah..aku nak mandi dulu. Nanti Ziad datang kim salam kat dia eh. Jangan bagi masuk pulak. Kang sia-sia kene tangkap.” Kataku sambil membaling bantal kecil ke mukanya. “ Aduh! Sakitla oi. Aku tau la. Dah la pegi mandi. Dah bau kambing kat sini.” Jawabnya sambil tersengih.

Aku tinggalkan linda sorang di bawah. Aku menaiki tangga dengan malas ke tingkat atas. Aku menyewa bersama Linda sejak 3 tahun lalu. Dia juga sebaya denganku dan dia dah bertunang. Kami bekerja sepejabat dan kami juga seuniversiti. Kiranya dialah kawan baik aku,tempat aku meluahkan semuanya.

Aku memalaskan diri di atas katil. Niat tadi nak mandi tapi tiba-tiba aku teringatkan mamat nie.Ikhwan.. Dial ah satu-satunya lelaki yang aku percaya buat masa nie.Aku banyak berkongsi dengan nya.Tapi dia agak misteri...tak pernah muncul berhadapan dengan aku. Aku merasa kerasian bile aku bercakap dengannya melalui telefon. Kadang-kadang aku rasa dia begitu dekat dengan ku. Sejarah silam aku pun aku cerita dengannya. Entahla,aku pun tak tau nak tafsirkan perasaan aku pada dia. Tapi buat masa nie,memang diala yang aku tunggu.

Tit..tit..tit..ehm telefon bimbitku berbunyi. “ Akum. Hai U wat pet u?Chat? I baru balik keje. Penatlah.” Aku menekan butang replay di telefon bimbitku.”wslm.chat. i tengah baring kat katil nie.Overtime ke? Lewat balik.” Balasku sambil menekan butang send. Mamat nie macam tau tau je aku tengah fikir pasal dia. Ikhwan lelaki yang pertama menghulurkan salam perkenalan padaku selepas aku putus tunang dulu. Aku memang tak pernah jumpa dia.Mula-mula aku memang tak layan tapi bila hari-hari dia antar mesej kat aku, aku try n error. Yup ,sepanjang perkenalan aku ngan dia,tak pernah sekali dia sakitkan hati aku. Malah dia lah yang banyak bagi support kat aku. Kadang-kadang tu ada jugak terlepas cakap bab cintan-cintan nie. Tapi entahlah. Sejak kebelakangan nie je, aku macam rasakan aku jatuh sayang kat dia. Teruk kan aku nie. Kat office ada juga mamat-mamat yang konon – konon nak tackle aku tapi aku malas nak layan. Not mytest.

Tit,tit.tit...bunyi mesej handphone ku. Aku membukanya. “Ha a.Overtime.Cari duit lebih. Nak kawin.” Jawabnya. Ha! Nak kawin!..aku membalas. “ Nak kawin ye. Jangan lupe jemput I.”.Aku membalas dengan hampa. “Ehm..betul ke mamat nie nak kawin. Kenapa dia tak pernah cite kat aku. Sampai hati.”aku berbisik. Biarlah kalau tu jodoh dia. Aku doakan yang terbaik untuk mu. Biarlah ,malas aku nak fikir. Baik aku pergi mandi.

“Kenapa dia tak balas masej aku? Marah ke? Biarlah. Aku Cuma nak luahkan perkara sebenar”. Ikhwan bertanya pada dirinya. Yasmin. Kau tak tahu betapa aku saying padamu. Aku memang tak mampu nak berterus terang tapi nie saje jalan yang boleh buat kau faham. Kalau lah kau tahu sape aku...Ikhwan berbaring lesu. Wajah Yasmin terbayang di mata.

2 minggu kemudian.

“ Yasmin, mak nie. Ko balik hujung minggu nie. Mak nak buat kenduri sikit. Balik tau. Jangan kau pergi mana-mana pulak.” Mesej yang baru saje aku baca. “Apalah mak nie. Mengejut je. Kenduri ape pulak nie.” Kataku dalam hati.

Sabtu pagi aku bersiap pulang ke rumah. “Lin aku balik umah mak aku dulu. Nanti lambat bising pulak dia.”kataku. “ Yelah. Kau tu baik-baik bawa kete. Jangan laju-laju. Kim salam mak kau eh.” Balas Linda padaku. “Tolong tutup pintu pagar.” Aku menjerit kepada Linda. “ Yelah-yelah. Nanti aku tutup. Biar je dulu.” Balasnya.

Selamat juga aku sampai di rumah ibubapaku. Nampaknye kakak dan abangku pun dah sampai nie. “Ehm macam kenduri besar je.” Aku mengesyaki sesuatu. “hai cik Min...Nek cik Min dah sampai.” Jerit anak buahku sebaik saje aku turun dari kereta. “ hai sayang...Bile sampai?”tanyaku pada anak buahku Fikri. Sempat aku menyium pipinya. “ semalam. Nenek suruh datang awal.tolong nenek kat umah”. Jawabnya. “jom masuk rumah. Panas nie.” Arahku pada Fikri sambil memimpin tangan kecilnya.

“ Hah, dah sampai pun. Ingatkan tak jadi balik.” Mak menyapaku dihadapan pintu. Ku capai tangannya lalu ku cium. “ takkanlah Min lupa mak. Kan mak nak buat kenduri Min mestilah balik. Nak isi perut banyak-banyak. He he he.” Gurauku. “ kamu nie. Dah pegi masuk. Makan dulu. Rehat lepas tu mandi-mandi dulu. Malam nie pakai baju yang mak letak kat katil kamu tu. Pakai jangan biar je pulak. Dah pegi masuk bilik.” Mak mengarahkan ku.

Aku memasuki bilikku. “ amboi,siap de baju cantik lagi. Bilik nie pun bersih semacam je.pelik-pelik. Mak kau nie dah buang tebiatke. Selalunya akulah yang dok mengemas bilik nie.” Aku membebel sendiri.

“Min dah siap belum?”. Tanya mak padaku. “ belum lah mak. Kak Fin nie lambat sangat. Pulak tu sibuk nak menyolek Min nie.” Jawabku. “Yelah,cepat sikit orang dah ramai nie. Kamu duk sini je. Tak payah keluar.” Arah mak padaku. “ hai mak. Kata kenduri. Tak kanlah Min kene duk dalam je.” Jawabku. “ alah kamu jangan nak membantah. Duk diam-diam je.” Senyum mak padaku.

“ Kak, kenduri ape nie. Kata kenduri kesyukuran. Nie saya kene pakai baju mengalahkan baju pengantin. Macam orang nak kawin je. Akak tu lak, siap pakai baju dengan labuci lagi. Pastu sepasang lak dengan abang fikri. Sehati sejiwala konon.” Kataku.

“ He he he. Alah Min, mak tu yang teringin sangat nak tengok ko pakai baju macam nie. Mak kata nak tunggu ko kawin,ehm...entah kempunan dia. Pakai jelah, sedapkan hati mak tu. Tak luak pun kan. Ko jangan sibuk-sibuk nak keluar pulak. Duk diam-diam ngan akak kat sini. Boleh sembang-sembang.” Kakak ku menjawab. “macam ade tak kene je” bisikku. Gelisah aku dibuatnya.

Sejam berlalu. “ Assalamualaikum”. Aku terkejut mendengar suara tersebut. Kenapa ada suara lelaki dalambilikaku nie. Macam kenal je. “Ikhwan?”, jeritku kecil. Terbeliak mataku melihatnya disini. “ ape kau buat kat sini?”

“ Min, nie Ikhwan Syami. Suami kau. Kau yang suruh mak ngan ayah carikan jodoh tuk kamu kan? Sekarang kami dah tunaikan permintaan kamu. Malam nie kamu dah bergelar isteri kepada Ikhwan. Abah dan mak minta maaf sebab tak minta persetujuan kamu dulu. Kami doakan kamu berdua bahagia.” Abah menerangkan padaku. Aku seperti patung bernyawa. Tidak tahu ape yang harus aku ucapkan. Hanya airmataku gugur satu persatu. Mak datang ke arahku lalu memelukku. Aku semakin menjadi tidak menentu. Marah tidak, suka pun tidak. “ Mak hanya nak terbaik untuk anak mak Min,” ibuku bersuara sambil menangis di bahuku. Nampaknye bilik ku kini dipenuhi dengan drama. Kulihat sekeliling dan ku dapati Ikhwan berdiri hampir denganku.

“ Wan pergilah sarung cincin tu.” Arah mak ku kepadanya. “Min” kedengaran suara darinya. Menghampiriku dan separuh berbisik, “ Min I dah terima nikahnya Min. Sekarang U dah jadi isteri I.” Tangannya seraya mengambil jariku lalu disarungkan cincin. Itu. Aku seperti patung hanya melihat sahaja dan spontan aku menyium tangannya.tetkala aku menyium tangannya seperti ada sesuatu perasaan yang tidak mampu aku gambarkan. Seketika kemudian aku terasa dahiku panas. Dia menyium dahiku.

Aku hanya merelakan perbuatannya dihadapan tetamu yang hadir.hampir 30 minit aku bersamanya di dalam bilik ini. Kerlipan cahaya dari kamera silih berganti merakamkan aksi kami. Aku hanya mampu mengukir senyum yang tidak pasti kurasakan.

“ Jom kita keluar dulu” suamiku memegang erat tanganku. Aku melepaskan tanggannya dan hanya menurut suami dari belakang. Sedikit terkejut dia dengan tindakan aku,namun ku lihat wajah senyuman di bibirnya.

Aku bersalaman dengan tetamu yang hadir. Entah bile mereka datang aku pun tidak pasti. Saudara-saudara terdekatku pun ramai yang hadir. “Min,” namaku dipanggil. Aku menoleh. “Maaf nie ibubapa saya”. Pantas suamiku menerangkan. Aku pergi ke arah mereka dan ku salam tangan mereka satu-persatu. “ Maaf, saya tak tahu”. Aku cuba menerangkan. “Tak pe Min. Kami faham. Ibu dan ayah ucapkan terime kasih sebab Min sudi terime anak kami. Kami doakan kamu bahgia. Maaf ye kami tak boleh tunggu lama. Perjalanan jauh nie. Maaflah ibu,ayah tak dapat berkenalan lebih dekat.” Bapa mertuaku memberitahuku. “ Tak pelah,ayah ibu. Lepas nie boleh berkenalan. Maaf kalau layanan tak memuaskan.” Balasku sambilku melihat suamiku disebelahku. Dia hanya tersenyum pahit.

“ Min. Oi makcik tahniah! He he he.kawin jugak ko ye!” aku berpaling kearah suara tersebut. “Lin ko macam ne ade kat sini. Kau....” aku bertanya. “ alah..kita kan besprend. He he he nanti aku cerita ek. Amboi..handsome juga ye suami kau tu.kalah Ziad..sape name dia...Ikhwan? macam mamat sebelah umah je,” Linda tersenyum kea rah ku. Ku lihat suamiku tersenyum.

“ Teruk betul lah kau nie. Sampai hati! Kau ade rahsiakan ape-ape lagi tak? Aku macam rasa ade sesuatu je..dah la kene kawin dengan dia.” Aku bertanya sambil membawanya jauh sedikit dari suamiku.

“ Tu ko kene Tanya suamikau sendiri. Alah... kau kan nak firs night malam nie.” Linda mengusikku. “Lin”. Aku memukul lengannya. “ Okeylah aku nak balik dulu. Lame Ziad tunggu tu.Pengantin tak boleh marah-marah tau. Nanti kita jumpe ye.” Linda memelukku. “ Thank’s a lot”. Aku mengucapkan kepada Linda. “ It’s okey kawan.” Aku menghantar Linda ke pintu. Selepas ku lihat Linda beredar dari rumahku aku terus menuju ke kamarku. Ku lihat sekeliling sudah tiada siape di ruang tamu. Suamiku, aku tak Nampak batang hidungnya. Biarlah. Aku ingin merehatkan diriku. Terlalu banyak kejutan untuk aku pada hari ini.

Ku dengar pintu bilikku di buka. Aku memandangkan ke arahnya. “ Assalamualaikum. Hai,boleh I masuk?”Tanya suamiku. Aku membalas salamnya di dalam hati. Tanpa sepatah kata dariku, aku berganjak dari pembaringanku.

“Min nak pergi mane? Please ,I akan terangkan satu persatu. Beri I peluang untuk betulkan keadaan. I tahu you marahkan I kan?”

“Cukuplah ikhmal. I tak nak dengar ape-ape pun . I dah cukup terseksa sekarang nie.” Aku bersuara sambil berdiri dihadapannya.

“Min” Ikhmal bersuara sambil memegang tanganku.

“Don’t touch me!”

“Okey but please listen to me first. U tau tak! I lagi terseksa. 4 tahun I cari u bagai nak giler. I cari u merata tempat. I datang rumah U tapi parents U kata U dah pindah Melaka. I cari kawan-kawan U dulu. Diorang pun macam dah sepakat dengan U. I cari U kat tempat kerja lama U.Diorang cakap U dah berhenti. I tak tau nak buat ape. Lepas kita berpisah dulu, I tak tentu arah Min. Hidup I tak terurus. U pergi macamtu je. U tak nak dengar penjelasan I” jawab Ikhmal dengan nada yang agak tinggi.

“Untuk ape I nak penjelasan. Semua dah berlaku. U yang mulakan dulu. U yang kata nak putuskan hubungan kitakan.” Aku membalas. Airmataku menitis laju.

“Ya! I terpaksa. Ibubapa I nak I kawin dengan anak kawan baik diorang. I terpaksa ikut. Kalau tidak mereka akan buat U merana. Mereka akan seksa U. I terpaksa Min. Sebulan lepas I bertunang,parents I accident. Mereka tak dapat diselamatkan. I dah tak de sesiapa lagi. Tunang I pulak lari ikut laki lain. U tau tak, saat-saat I macamnie I hanya teringatkan U. “setitis air mata keluar dari mata suamiku.

Aku bagai terkesima. Aku terduduk di birai katil sambil memandangnya.

“ lepas semua kejadian I cari U. Merata tempat. Sampailah I jumpa balik parents U. I ceritakan semuanya dan mereka setuju untuk tolong I. Mak dan ayah U yang bagi no telefon u kat I.

“Ikhmal...”,aku menghampirinya.

“ I tahu I salah Min. I tak pertahankan cinta kita. I ikut kehendak parent I. Tapi diorang dah tak da. Tadi tu,mak dan ayah angkat I. U tau kan I anak tunggal. I cari U Min. Sekarang U dah jadi milik I. I promise, I akan jaga U sampai I mati” pantas ku tutup mulutnya dengan jariku.

“ Mal. I minta maaf. Please jangan sebut pasal mati dengan I. I dah tak sanggup lagi kena tinggal. I rindu kan U” lantas ku peluk suamiku sekuat hatiku. “YA Allah aku bersyukur padamu”bisik hatiku.

“ Min kita mulakan hidup baru U ye. U kan pernah hantar mesej kat I. U nak tunggu I”
Aku memandangnya. “ jadi U nie......”

“Yes, I am” balasnya sambil memegang pipiku.

“ So U dah puas hati sekarang. I dah de depan mata U sekarang. U nak kita wat pe?” Ikhmal senyum ke arahku.

“ U nie jahat tau! Dah lah kawin senyap-senyap je. Nasib baik I tak lari tadi,kalau tak padan muka U” aku memukul dadanya.

“ Adoi! Sakitlah. Abislah macam nie. Boleh pengsan tau suami U malam nie.” Balasnya sambil memegang tanganku.

“ Sayang. Mulai hari nie abang akan jaga U macammana parent U jaga U. I janji I akan bahagia kan U sampai akhir hayat I. I promise” Ikmal memandangku sambil memegang kedua-dua tanganku.

“ Bang, Min tak tau nak cakap ape sekarang. Tapi Min betul-betul rindukan abang”. Balasku

“ Jom. Nie kan first night kita.” Balas Ikhmal sambil mengeyit padaku. Aku jadi malu dengan usikannya. Terima kasih Ya Allah. Kau telah makbulkan doaku untuk aku bersama dengan lelaki yang ku tunggu dan cintai.


ILHAM OLEH : MAWAR MERAH

No comments:

Post a Comment